baby korang batuk berkahak? parents boleh cuba petua ini di rumah

norkasmadiana23

Kebanyakan kes batuk pada si kecil adalah berpunca daripada virus. Dan biasanya keadaan ini akan pulih apabila jangkitan hilang.

PUNCA-PUNCA BATUK BERKAHAK

Berikut adalah beberapa punca batuk berkahak yang terjadi dalam golongan bayi.

  • Selsema
    • Kebanyakan batuk adalah sebahagian daripada selesema yang melibatkan saluran pernafasan lebih rendah. Dalam istilah perubatan ia disebut bronkitis virus. Bronkus adalah bahagian bawah saluran udara yang berhubung dengan paru-paru. Bronkitis pada kanak-kanak biasanya disebabkan oleh virus seperti virus selesema dan influenza.
  • Batuk pencemaran udara
    • Sebarang jenis asap boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk. Asap rokok dan ekzos kenderaan antara contoh paling biasa dialami oleh bayi-bayi.
  • Punca serius seperti pneumonia, bronchiolitis, batuk kokol dan objek asing tersekat pada saluran pernafasan.
  • Alahan
    • Bayi juga boleh mengalami alahan makanan, bahan tertentu atau alahan bermusim. Gejala berbeza daripada selesema dan flu kerana ia dicetuskan oleh pendedahan kepada alergen.
  • Asma
    • Virus adalah pencetus paling biasa episod asma pada bayi berumur 6 bulan ke bawah. Antara simptomnya adalah batuk berterusan dan mungkin disertai dengan berdehit dan kesukaran bernafas.

 

CARA MENGHILANGKAN KAHAK SECARA SEMULAJADI DARI RUMAH

  • Pelembap Udara
    • Pelembap membantu melonggarkan lendir, sekali gus merupakan antara cara hilangkan batuk berkahak budak. 

    • Ini kerana ia melegakan batuk dan kesesakan pada saluran pernafasan. Kaedah ini membantu dengan menambahkan wap air ke udara untuk memudahkan anak bernafas.

    • Pasangkan pelembap udara pada waktu siang semasa anak berjaga dan gunakan ia di dalam bilik apabila mereka tidur di malam hari.

    • Jika tidak mempunyai pelembap udara, anda boleh membiarkan anak duduk di dalam bilik air sambil memasang air pancuran panas. 

    • Kaedah ini juga boleh membantu mengurangkan halangan pada saluran pernafasan, menipiskan kahak dan memudahkan anak bernafas.

  • Pengambilan Cecair
    • Cecair mengekalkan saluran udara lembap dan membantu badan melawan penyakit, sekali gus dapat menipiskan kahak.
    • Jadi pastikan anda memberikan air, susu ibu atau susu formula lebih kerap apabila si manja tidak sihat dan batuk berkahak.
    • Tetapi pastikan anda tidak memberikan air masak kepada bayi di bawah usia 6 bulan kerana boleh mengakibatkan hiponatremia.
  • Tinggikan Kepala Bayi
    • Meninggikan kepala bayi semasa tidur berkesan dalam mencegah titis postnasal dan membantu merangsang batuk yang dapat menyingkirkan kahak.
    • Berbanding berbaring secara rata, lendir lebih berkemungkinan terkumpul pada bahagian belakang tekak, menyebabkan kahak lebih sukar dikeluarkan.

    • Penggunaan bantal yang terlalu tinggi amat perlu dielakkan kepada bayi di bawah usia setahun. Ini kerana ia boleh menjejaskan perkembangan tulang belakang anak.
  • Air Garam 
    • Salah satu cara untuk merawat batuk berkahak yang dialami si manja adalah dengan menggunakan titisan garam fisiologi. 
    • Ia berfungsi membersihkan hidung, mencairkan kahak dalam tekak dan membantu memudahkan anak untuk batuk terutamanya sebelum tidur.
    • Titisan air garam ini bermanfaat apabila anak selesema, kerana ia membantu melembutkan lendir dan memudahkan untuk mengeluarkannya.
    • Boleh juga gunakan air garam yang ada di pasaran seperti Sterimar untuk baby. Sterimar ini lagi memudahkan para ibu bapa dengan cara spray terus ke dalam hidung baby dan biarkan cairan terkeluar dengan sendiri dari hidung baby. 

 

Leave a Comment