30 Resepi Berbuka Puasa

  1. RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :

Daging – guna daging fresh.

Sedikit tulang lembu – 1 kg daging, 1/4 kg tulang dah ok (ni petua supaya masakan daging kunyit ni lagi best)

Serbuk kunyit

Garam

Perasa – optional, saya guna secukup rasa

Sedikit gula

Cara-cara :

1. Gaul daging + tulang bersama kunyit, garam, perasa, gula .

2. Panaskan minyak.

3. Masukkan daging + tulang. Goreng kejap je

4. Masukkan air..

5. Masak sehingga empuk, kalau kurang empuk, masuk lagi air.

6. Bila dah empuk, air dah kering, tinggal minyak..letak la hirisan bawang holland , lada & daun bawang. Taknak kering garing ye..nak basah basah skit..

7.Dah siap.

Credit : Fariza Hadi

2. RESEPI NASI ARAB

Jom buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dgn jayanya…

Menu berbuka semalam😍 utk 6 org makan

Kongsi jugak la mana tau ada yg berminat nak buat 🤗🤗

Untuk resepi nasi dan ayam ada kt setiap gambar dengan step2 nya sekali… Ni resepi utk salatoh dan salsa👇

Bahan-bahan :

Salsa/sambal arab

Cili api

Cili besar

Tomato

Bawang putih

Daun ketumbar

Garam sedikit

(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato

Timun

Bawang besar

Cara-cara :

1. Potong kiub bahan2 diatas

2. Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde😂)

3. Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!

Resepi penuh disini: https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3253397411650219/

Credit: Nur Aisya

3. RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

Memandangkan ramai yang nak resepi UDANG MASAK DIRAJA ni saya perturun ilmu ya. Moga-moga bermanfaat 😘

1/2kg udang. Udang galah@udang kertas dll boleh je. Make sure yang fresh je. Masa beli tu tengok kalau fresh udang tu berkilat je n tekan skit udang. Kalau keras kenyal fresh la tu 😄😄

Bahan-bahan :

4 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

2 inci lengkuas

1 inci halia

2 batang serai diketuk

1kpg asam

1/2 sudu serbuk kunyit

1 sudu gula

1/2 sudu garam

1 cawan santan pekat

Cara-cara :

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang

2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau

3. Masukkan serai ketuk

4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan

5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +

6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka

7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Credit : Aryati Sarah

4. RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Serious sedap macam restoran siam tu tau.. Anak2 makan menambah2.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap dilumur dengan garam halia bawang putih yg ditumbuk. Kemudian campur sedikit tepung jagung goreng dlm minyak yg banyak sesuai saiz ikan.

Bahan utk kuahnya

1inci halia

7 ulas bawang putih

Tumbuk pecah2

1biji bawang holland

Nenas 5 keping

Timun 1biji sedang

Karet 1/2 biji

1biji tomato

Semua diatas potong kuib

1sudu perencah tomyan

2pokok daun ketumbar

1sudu tepung jagung utk pekatkan kuah

Sos tiram, cili sos, sos ikan secukupnya.

5 biji cili padi ketuk

Daun salad saya tadi tak ada.

Cara-cara :

1. Kuali goreng ikan tadi simpan minyak yang banyak tu tinggal 1 senduk kecil panas dan tumiskan bawang putih biar naik bau masuk halia dan akar batang pokok ketumbar simpan sikit daun utk hias.

2. Masukkan bawang holland dan pes tom yam kacau rata biar sekejap masuk air kuah sebanyak mana yang kita nak.

3. Masuk kesemua sos perisakan dengan garam gula serbuk perasa.

4. Bila dah mendidih masukkan karet nenas dan timun tomato serta cili padi ketuk.

5. Rasalah biar secukup rasa, last masuk air tepung jagung.

6. Biar mendidih sekejap tutup api.

7. Saya masuk kan ikan sekejap dalam kuali ada orang terus curahkan atas ikan. Ikut citarasa masing-masing

8. Hiaskan dengan daun ketumbar tomato dan timun kalau ada daun salad lagi sedap.

Tadaa dah siap semoga bermanfaat.

Credit : Azizah Daud 

5. RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL

Bahan-bahan Rebusan Ikan :

Ikan Tongkol

Garam

Nisan/Gula Melaka

Asam Keping

**Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan2 diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan…air rebusan jangan dibuang..

**Kemudian goreng ikan tongkol sekejap aje untuk pejalkan isi nya… angkat dan ketepikan…

Bahan-bahan untuk sambal :

Bawang Besar

Cili Kisar

Bawang Merah Kisar

Bawang Putih Kisar

Sedikit Halia Kisar

Air Asam Jawa

Air Rebusan Ikan

Sedikit Belacan

Sedikit Kicap Manis

Cara-cara :

1. Tumis hirisan bawang besar dan masukkan semua bahan kisar hingga pecah minyak..

2. Masukkan air rebusan ikan dan air asam jawa..

3. Akhir skali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng awal tadi..Tambahkan kicap dan perasakan dengan garam gula secukup rasa…Gaul sebati dan biarkan mereneh hingga kuahnya pekat dan ikan mesra bersama sambal…

Siap.. selamat mencuba

Credit Instagram : @kak_t68 

5. RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK HALIA BERKUAH

Bahan-bahan :

3 – 4 ekor ikan kembung

8 biji cili padi – diketuk atau dibelah 2

3 ulas bawang merah – ditumbuk lasar atau diblender

2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar atau diblender

1/2 lobak merah – dipotong bulat

1 biji tomato sederhana besar dipotong 6

1 biji bawang besar – dipotong 4 dan dicerai kelopaknya

1 inci halia – hiris nipis seperti mancis

1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar

1/4 lada benggala – dipotong kecil

1/2 sudu kecil pati ayam

1/2 cawan air

sedikit kicap

sos tomato, sos cili, dan sos tiram

sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1. Perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau rata.

4. Bila dah nampak mendidih masukan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda.

Selamat mencuba

Kredit: Norzianah Osman 

6. RESEPI AYAM MASAK ALA THAI

Bahan-bahan :

Ayam digoreng sebentar angkat

Bawang besar dihiris nipis

Serai diketuk

Daun limau purut

Cilipadi diketuk dalam 5 biji

Cili besar merah / cili besar hijau dihiris

Sos tiram

Sos cili

Cili kisar bersama bwg putih dan halia

Garam

Cara-cara :  

1. Tumis bwg besar bersama serai smpai wangi

2. Masukkan cili kisar biar garing sebentar masukkan daun limau purut masukkan air sedikit lepastu masukkan sos tiram,sos cili ,dan garam.

3. Biar sebentar masukkan ayam ,cili besar merah/hijau dan cili padi tadi.

4. Gaul rata dan boleh tutup api

Credit: Owner Resepi

7. RESEPI AYAM PAPRIK

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam – garam kunyit & goreng separuh masak

2 btg serai – titik

6 helai daun limau purut

2 camb sos cili

2 camb sos tiram

2 camb sos tomato

2-3 sudu pes tomyam

2-3 sudu cili kering blend

1 biji bwg holland- potong bulat

1 biji cili benggala merah

Cili api ikut pedas masing2- belah 2 / ketuk je

Kacang pjg, bunga kobis , carrot & jagung muda

1 cawan air…(kalau nak berkuah sikit..tambah air ikut kepekatan yg disukai).

Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah

7 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara-cara :

1. Tumis serai & bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan cili blend. Masak hingga garing dan pecah minyak.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, pes tomyam serta daun limau purut. Masukkan air

4. Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan semua sayur yang disukai..

5. Masukkan sedikit garam, gula & perasa secukup rasa dan kacau sehingga sebati.

6. Masukkan bawang besar dan tutup api.

Siap utk dihidangkn..😍😍😍

Credit : Sheena Ainn 

8. RESEPI RENDANG AYAM HIJAU

Mudah je nak buat. Fav raya family di kg saya kt Negeri9.

Jom try. Power habis!

Bahan-bahan :

10 biji cili besar hijau blh +

10 biji cili api hijau blh +

2 biji bwg besar

2 ulas bwg putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

2 btg serai

Sedikit serbuk kunyit

Semua bhan diatas dkisar

1 cup santan

1 cup air

2 keping asam keping

2 sdm kerisik

Daun limau purut

Daun kunyit

Garam n perasa

Cara-cara :

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak..

2. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan santan, air asam keping dan daun limau.

4. Masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan sedikit garam dan perasa.

Siappp

Taburkan daun kunyit

Credit : Nor Zaqiyah 

9. RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM

Harini masak lauk berpantang untuk habuan menantu. Resepi ringkas sahaja.

Orang tak berpantang pun boleh makan juga. Lepas makan, angin dalam badan pun keluar.

Bahan-bahan :

Ayam 1 ekor

Bawang besar 3 biji *

Bawang putih 7 ulas *

Halia 2 inci *

Lada hitam 2 sudu besar ( ditumbuk)

Kulit kayu manis 1 batang

Bunga lawang 2 kuntum

Serai 2 batang ( diketuk)

Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Ayam dibasuh hingga bersih.

2. Kisar halus bahan bertanda *

3. Tumis bunga lawang, kayu manis dan serai hingga naik bau dengan sedikit minyak sahaja.

4. Masukan bahan kisar dan lada hitam. Biarkan sebentar.

5. Masukkan ayam dan biarkan masakan sedikit kering dan masukkan garam secukup rasa.

P/s : boleh masukkan cili sedikit jika suka. Kalau tak berpantang, boleh masukkan tomato dan perahkan sedikit air limau. 

10. RESEPI AYAM GORENG MASAK KARI

Bahan-bahan :

Ayam goreng kunyit

Kentang goreng kunyit 2 biji belah 4

Bawang merah 4 ulas (blend)

Bwang putih 3 ulas (blend)

Halia seinci(blend)

Cili padi 5 tangkai (blend)

Bawang merah 2 ulas hiris halus

Bawang putih 2 ulas hiris halus

Halia stgah inci hiris halus

Serai

Daun kari

Rempqh kari ikan +rempah kari ayam

Cara-cara :

1. Panas kan minyak kendian masuk kan bahan2 yg hiris halus kendian masuk

2. Bahan2 blend kendian letak serai masuk kan air sedikit kemudian letak daun kari, masukkan rempah kari dan letak bahan perasa garam gula ajinomoto last masukkan ayam goreng dan kentang goreng. 

11. RESEPI KERUTUK AYAM

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam..dipotong

1 cawan santan

2 sudu kerisek

7 tangkai cili kering.

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2cm halia

1 batang serai

rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

1/2 bungkus rempah kerutuk adabi

1/2 bungkus rempah kari adabi

Air

Minyak

Garam

Gula melaka

Cara-cara :

1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender…(rebus dulu cili kering )

2. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar…masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka (supaya bahan tumisan cepat garing)…

3. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk….masukkan sedikit air, kacau…kemudian masukkan ayam…

4. Gaulkan…masukkan kerisik dan santan..

5. Kacau sampai pekat dan agak kering…sebelum tu masukkan garam…rasakan…tengok pekat ikut cita rasa masing² .

12. RESEPI IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahan :

-ikan kembong@tenggiri@merah dll
-asam jawa Adabi dalam 2sk
-bwg merah 5-6 bji belah dua
-bwg putih 5ulas
-halia sehiris nipis
-garam
-Gula
-cili padi 5-10bji ( ketuk blh sbjik² pun boleh)
-tomato belah 4 ( xnk letak pun xpe)

Cara-cara :

1. Ikan gaul garam kunyit & goreng

2. Panaskan minyak tumis bawang merah + bawang putih + halia

3. Dah naik bau masukkan asam jawa & air dalam secawan tea ( nak kuah lebih letak lebih ye )

4. Masukkan cili padi & tomato… perasakan garam gula .. balance kan masam masin ye….last skli masuk ikan…siap 😊

Credit : Norashikin Ismail

13. RESEPI SUP DAGING

Bahan-bahan :

1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

Bahan-bahan tumis :

1 batang kayu manis – anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

Cara-cara :

1. Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus .

2. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

3. Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .

4. Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih .

5. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil .

6. Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Credit : Resepi Nennie

14. RESEPI IKAN BAWAL MASAK STIM

Bahan-bahan :

Bahan-bahan A
1 labu bawang putih
Sedikit halia.
Sedikit myk utk menggoreng
Tumbuk kesemua bahan. Dan d goreng dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Tapis. Asingkan minyak dengan bawang spt dlm gambar d atas.

Bahan- bahan B
Sedikit daun bawang- d potong panjang.

Bahan-bahan C
Halia- di hiris panjang

Bahan-bahan D
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil tepung jagung
Sedikit ajinomoto
Campur kesemua bahan dan bancuh dengan sedikit air. Masak kesemua bhn dalam periuk sehingga pekat sedikit. Jgn terlalu pekat. Ketepikan.

Cara-cara :

1. Kukuskan ikan tadi dengan sedikit garam dan d tabur halia yg d hiris panjang tadi sehingga masak.

2. Setelah ikan masak,boleh d tuang kuah kicap tadi d sekeliling ikan. Dan d tabur bawang puteh dan halia goreng d atasnya. Seterusnya tuang minyak dan tabur daun bawang. Siap!

P/s: Sepatutnya dlm resepi asal minyak yg d gunakan adalah minyak bijan. Tetapi saya lebih suka menggunakan minyak lepas goreng bawang dan halia krn rasanya lebih sedap dan wangi.

Credit : Thaifah Manshurah

15. RESEPI AYAM BAKAR

Bahan-bahan :

Semangkuk cili kering *( wonderhot)
2 inci lengkuas*
5 btg serai*
1 inci halia *( tak boleh byk nanti pahit)
1 labu bwg putih*
2 biji bawang holland*
2 keping gula melaka
segenggam lada hitam*( ditumbuk hancur..jika suka pedas
1/2 cwn sos cili
1/2 cwn sos tomato
3/4 cwn minyak utk menumis
garam, perasa( jika suka)
Ikan siakap ,garam,kunyit & madu

Cara-cara :

1. Blender semua bhn bertanda*

2. Masak menggunakan minyak..biarkan bhn blender hingga benar2 pecah minyak..masukkan sos+ gula melaka+ garam..

3. Biarkan sejuk seketika..simpan dlm tupparware kedap udara..simpan dlm peti ais dibawah..

4. Siakap lumur garam kunyit dan Bakar..agak dah separuh masak..sapu perencah Bakar.. bakar ikan hingga masak. Dah masak renjis madu di atas.

Credit : CT Liz

16. RESEPI SALTED EGG PRAWN

Bahan-bahan :

Udang 8-10 Ekor
1 cawan Susu Cair
Cili Padi Merah 4biji yang dihiris (kalau nak pedas, lebihkan. Kalau nak kurang pedas, kurangkan)
1sb/sk gula (bergantung kepada tahap kepedasan)
1 Biji Telur Masin (direbus dan diramaskan)
1-2 Tangkai Daun Kari
2sb Mentega / Marjerin dan 1sb minyak masak
2Biji Bawang Putih (dicincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit Geram / Serbuk Pati Ayam (lagi sedap)

Cara-cara :

1. Goreng sekejap udang tersebut.

2. Biarkan lebihan minyak bekas goreng, masukkan mentega/marjerin.

3. Masukkan bawang putih, tumiskan sekejap. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.

4. Sebelum bawang putih menjadi terlalu garing, masukkan susu cair.

5. Masukkan telur masin yang telah diramas dengan penuh nafsu, amarah, dendam dan kebencian🤣😂

6. Bila susu sudah mula memekat, masukkan gula, garam/serbuk pati ayam (sedikit sahaja).h

7. Kemudian, masukkan udang. Taburkan sedikit lada sulah. Masak dengan api kuat sekejap. Bila keadaan kuah sudah menepati citarasa, tutup api dan hidangkan.

*tips, andai terlebih susu dan kuah lambat untuk pekat, masukkan sedikit tepung gandum dan kacau. Ia berfungsi sebagai agen pemekat. Ingat, kuah buttermilk mesti creamy dan pekat2 sikit tau. Kalau cair tu bukan buttermilk, tu kokokrunch. Heheh

Sekian. Tammat. Selamat mencuba.

Credit : Wan Luqman

17. RESEPI SOTONG PHAT PHET

Bahan-bahan :

Bahan A (Kisar/Blender Kasar)

Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong…

Bahan B

Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan Sayur ( kalu tak letak pun tak pe)

Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak… setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)

2. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula…

3. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis… kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat…

4. Siap dan hidangkan dgn nasi panas

Selamat mencuba.

18. RESEPI UDANG KHAMPED

Bahan-bahan :

1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap

Bahan blend halus
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 keping asam keping
Kacang panjang (optional)

Bahan perasa
Garam
Gula

Bahan hiasan
Daun limau purut

Cara-cara :

1. Panaskan minyak bekas goreng udang,

2. Tumis bahan2 blend hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan.

5. Masak sehingga mendidih. Jika kering masukkan air.

6. Masukkan udang, kacang & daun limau purut.. Perasakan

Selamat mencuba!!

Credit : Ida Zairi 

19. RESEPI IKAN SAMBAL

Bahan-bahan :

3 batang serai
3 biji bawang merah
1 – 2 helai daun kunyit
3 biji bawang putih
udang kering (dikisar bersama)
asam jawa
2 inci kunyit hidup
garam
gula
serbuk perasa secukup rasa
20 – 25 lada kering (dikisar berasingan)
2 inci halia
ikan pari secukupnya


Cara Membuat Sambal:

#1: pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.

#2: selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.

Cara Membakar Ikan:

Bahan-bahan:
– sambal ikan bakar
– alumunium foil
– daun pisang

Cara-cara :

1. Pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.

2. Letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.

3. Jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

20. RESEPI IKAN BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)~ takde daun kunyit masa ni, aku ganti dgn bunga kantan je..
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)~ aku ganti dgn cili kering kisar je..
1 sudu besar rempah kari ikan ~ aku ganti dgn kari daging sbb kari ikan abis..
3 sudu makan air asam jawa ~ aku ganti dgn 2 ketul kiub tomyam knorr
1 sudu besar kicap pekat ~ Aku tak masukkan
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas ~ tak masukkan jugak sbb takde
gula dan garam secukupnya ~ tak masukkan garam sbb dah ganti dgn kiub tomyam..
sedikit air

Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.

2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas.

3. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. ~ tp aku tak perap pun.. terus bakar je.. yg takde oven, leh masak atas kuali non stick je..

4. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.
** aku memang suka derhaka dr resepi asal.. bg aku, bila taruk 2 ketul kiub tomyam, aroma masakan lg bertambah mengancam dan besttt.. try la ye..

21. RESEPI DAGING MASAK ROS

Bahan-bahan :

1 kilo daging dihiris nipis
Bahan kisar dgn secawan air.
2 biji bawang besar yg sederhana besarnya
4 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
2 ruas jari lengkuas
3 biji buah keras
1 btg serai
1 biji tomato yg besar potong kecil dulu sblom dikisar
10 batang cili merah besar/cili hidup
5 batang cili padi merah jika suka pedas,
*semua bahan di atas dipotong kecil dulu sblom dikisar supaya mudah hancur.

Cara-cara :

Tumis
1. 2 btg kulit kayu manis sekejap

2. kemudian masukkan 2 helai daun pandan yg panjang *disimpul dulu, biar sekejap smpi wangi

3. kemudian masukkan 2 btg serai *diketuk dulu,masukkan pula bahan kisar,

4. Masak biar smpi mendidih, kemudian baru masukkan daging.

5. Masak sampai daging empuk.*periuk kena sentiasa ditutup tudung sebab masakan ini merecik.

6. Bila daging dah empuk masukkan 5 helai daun limau purut, sekeping gula melaka, garam dan serbuk secukup rasa megi.

7. Akhir sekali tambah 1 cawan susu cair dan masak lagi sehingga lebih pekat,*api perlahan semasa ini.

8. Jika suka tomato tambah tomato ceri setelah api ditutup.

*Seeloknya bila kuah dah mendidih perlahankan api.
*Kuah daging kena adjust sendiri macamana nak,okayh

Credit : Makcik Ratu

22. RESEPI IKAN PERCIK

Ikan percik ni antara salah satu menu famous bulan puasa kan 🐟. Kalau hari biasa susah sikit nak jumpa. Bila tekak teringin maka ketung ketang lah bersilat kat dapur masak sendiri 😜. Kat bawah sy sertakan resepi ikan percik versi saya.

Bahan-bahan :

Ikan selar (apa2 ikan pon blh ikut pilihan korang)
*3 biji bwg merah
*2 ulas bwg putih
*2 btang serai
*2 inci halia
1 kotak Santan -200ml ( blh guna santan kotak / santan fresh)
3-4 sudu cili kisar
1 keping Asam keping
1 btg serai titik
Garam & gula secukup rasa
1 sudu Tepung beras (optional)- utk pekatkan kuah

Cara-cara :

1. Ikan dilumurkan dengan garam kunyit sebelum dibakar.

2. Blend bahan bertanda. Kemudian masukkan dlm periuk yang berisi santan. Kacau menggunakan api yang perlahan. Kemudian masukkan cili kisar, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga sebati.

3. Kuah mesti selalu dikacau dengan api perlahan agar santan tidak pecah minyak. Apabila kuah hampir pekat , masukkan tepung beras yang dibancuh dengan air. Kacau sehingga kuah pekat & btul2 masak supaya tdk cpt basi. Akhir sekali tuang kuah yang dah masak ke ats ikan yg siap dibakar tadi.

Selamat mencuba! 

23. RESEPI UDANG MASAK BROKOLI SOS TIRAM

Bahan-bahan :

200 gram udang

1 buah wortel

Brokoli

1 bks tofu

1 bks Saori saus tiram

1 sdm saos sambal

1 sdm margarin

1 sdt maizena (larutkan)

Air sedikit

Bumbu:

3 siung Bawang merah(cincang)

3 siung Bawang putih(cincang)

3 buah cabe merah(iris)

1 sdt lada bubuk

Garam secukupnya

Gula secukupnya

Cara-cara :

1. Bersihkan udang, kupas kulitnya, cuci sampai bersih, sisihkan.

2. Bersihkan sayur”an, cuci sampai bersih, potong wortel dan brokoli.

3. Cuci tofu, potong dan goreng tofu sebentar. Tiriskan.

4. Panaskan minyak dan masukkan margarin, tumis bumbu sampai aromanya harum

5. Masukkan udang, aduk sampai udang berubah warna, tambahkan air, saori, saos,garam, gula, lada, penyedap rasa, dan larutan maizena

5. Masukkan wortel, tunggu sampai setengah matang, masukkan brokoli dan tofu

6. Koreksi rasa, tunggu sampai sayuran agak layu angkat dan sajikan.

24. RESEPI KERABU KAKI AYAM

Bahan-bahan :
12 ketul kaki ayam – dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar – dihiris nipis
11 biji cili api – dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato – dihiris
2 batang serai – dihiris nipis
1 biji limau nipis – diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup – dihiris halus
1 pokok daun bawang – dihiris halus
kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.


Cara-cara :

1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.

2. Sejatkan kaki ayam.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.

4. Hidangkan.

Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedar habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni..
.
Kredit : Kak Noor

25. RESEPI KETAM TELUR MASIN

Bahan-bahan :

1. Ketam 1 kilo ( gandum 2 sudu, tepung jagung 2 sudu, tepung beras 2 sudu…gaul kering masuk garam…ketam celup telur, gaul 3 bahan, goreng garing)
2. telur masin rebus 4 biji (penyet halus)
3. Mentega
4. Bawang putih cincang
5. Daun kari
6. Lada halus

Cara-cara :

1. Panaskan mentega, masuk bawang putih, lada halus, daun kari sampai naik bau..

2. Masuk gula, serbuk perasa cukup rasa

3. Masukan telur masin

4. Masuk ketam yg telah digoreng, gaul sebati…siap

Credit : Khatijah Mamat

26. RESEPI UDANG MASAK LEMAK NENAS

Bahan-bahan :

1kg Udang
Nenas hiris sedang²
Sehelai daun kunyit
2 btg serai diketuk
1kotak santan
**3biji bawang merah besar
**4ulas bawang putih
**Sedikit halia
**Sedikit kunyit hidup
**Cili padi ikut kepedasan
**Cili merah/hijau
Sedikit minyak utk menumis
Bahan bertnda ** perlu dikisar

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.

2. Tumis sehingga naik bau dan masukkan serai,nenas, daun kunyit.

3. Tutup periuk sekejap dan bagi aroma, rasa kuah tu sebati.

4. Lepas tu masukkan udang, santan, garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Siap..

Credit : Tengku Roselyza Raja Muhammad

27. RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan :

Bahan A:
Sekor ikan tongkol /aye potong2 ikut suka la ketebalan mcm mana uols suka
3 keping asam keping
1 cawan air
Sikit garam
1 potong lengkuas

Bahan B:
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
2 potong lengkuas *
1 sudu kecik ketumbar biji *
10-15 biji cili kering *

Bahan C:
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 genggam cili padi
Garam & perasa secukupnya
1/4 keping gula nisan (nisse)

Bahan D: optional
1 batang timun potong besar2
4,5 biji lada solok

Cara-cara :

1. Cuci bersih ikan, rebus semua bahan A sampai mendidih dan ikan masak. Sejukkan dan biarkan semalaman bg rasa lebih mesra

2. Esoknya, baru kita masak gulai

3. Kisarkan semua bahan B – yg bertanda * tu. Guna air sikit je ya

4. Panaskan kuali/periuk, masukkan minyak masak dan bahan B yg dikisar tadi. Tumis sampai wangi dan naik bau. Tambah sikit air kalau agak kering

5. Masukkan air rebusan ikan tu, isi ikan jgn masuk dulu, kacau2 kejap air rebusan sampai mendidih, kecikkan api dan masukkan isi ikan, dan bahan2 C yg lain. Biar masak dgn api yg sederhana kecik je sampai mendidih

6. Masukkan timun & lada solok, biar sekejap boleh tutup api

*kalau taknak tumis boleh masuk je semua bahan dlm periuk & masak dgn api perlahan, kacau2 selalu sampai pecah minyak.

28. RESEPI TALAPIA MASAK PEDAS

Bahan-bahan :

2 ekor ikan talapia boh garam kunyit goreng.
*Bahan kisar kasar
Cili api 10bijik
Bwg putih 6ulas


*Bahan rincik
Bwg holand sebijik
(Potong dadu)
Serai rincik
*cili sos
Sos tiram
Sos ikan
*garam,gula,pak aji.
*hirisan daun ketumbar
*jus limau nipis.

Cara-cara :

1. Tumis bhn kisar & bhn rincik sampai kuning.

2. Masuk kn cili sos sos tiram & sos ikan serta jus limau

3. Perasakan dgn bhn² perisa & masuk kn sikit air utk kuah.

4. Dah mendidih masuk kn hirisan daun ketumbar

Siap!!! Mkn ngan nasik panas² tak toleh kiri kanan dah.

29. RESEPI AYAM PERATTAL

Ringkas tapi menyelerakan. Kalah kedai mamak tau sebab masak sendiri penuh kasih sayang. Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh. Cuba jangan tak cuba!

Bahan-bahan :

Ayam (dipotong kecil)

1 biji tomato

Daun kari

Daun ketumbar

1 batang kayu manis

5 buah pelaga

2 bunga lawang

1/2 sudu besar jintan manis

2 1/2 sb serbuk cili

2 serbuk kari ayam/daging

1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

Bahan Kisar :

5 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

2 halia size ibu jari

Cara-cara :

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.

7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam/daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.

9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.

Siap!

Selamat mencuba semua!

Credit : Sheena Supramaniam

30. RESEPI DAGING KICAP

Bahan-bahan :

daging 900gm (daging btg pinang yg frozen tu)
*bwg merah besar 2 biji
*bwg putih (ni ikut suka..klu sy lg bnyk lg sedap)
*cili besar (10 biji.boleh tambah cili api klu nak lg.pedas)
serai 2 btg
sos tiram
sos cili
kicap pekat
lada hitam
gula melaka

Cara-cara :

1. Blend semua bahan yg bertanda (*)

2. Panaskan minyak,then masukkan bahan blend td dlm minyak panas.

3. Masukkan serai dan tumis smpai naik bau.

4. Masukkan air secawan, masukkan sos tiram, sos cili & serbuk lada hitam.

5. Masukkan daging..aaa lupa..daging tu hiris2 dulu ye.biar sampai mendidih..klu air tu kering,tambah air lg sampai daging tu agak tenggelam..dah agak2 kurang air tu,baru letak kicap pekat & gula serta perasa..then tngu sampai air daging kering @ sampai daging lembut..sementara tu,boleh la basuh kain @ masak lauk lain 🤣🤣🤣…ibu mmg malas rebus daging..

Credit : Aisyah Zulaikha

Leave a comment